Kehidupan peribadi Eleena_Sui

Eleena Sui dilahirkan kepada ibunya yang berbangsa Cina dan bapanya yang berbangsa Melayu. “Saya kacukan Melayu-Cina. Keturunan Cina di sebelah ibu dan Melayu di sebelah bapa,” katanya dalam temubual bersama Stail.my pada Februari 2017. Eleena menggunakan nama keluarga sebelah ibunya, "Sui".[1]

Beliau berkahwin dengan peguam Ahmad Faisya Mohd Bustamam pada 4 Februari 2017[2] selepas berkenalan di Instagram.[3]